Popular Posts

Monday, February 21, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.


Glosari: futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien.

assalamualaikum...ari isnin yg hening

sedar xsedar aku dah masuk tahun ke-3 study kat ukm..aku baru saja telepon my mom...adeq bongsu pun dah tahun5 kat sekolah rendah...macam xsangka masa berlalu dengan begitu pantas...aku rindu kan mereka sangat2...ingin saja aku membawa mereka ke sini sentiasa berada di samping...semangat aku tuk belajar akan b'tambah2 bila mak n adeq2 d sini...lagipun tinggal mak n 2 org adeq yg duk kat sabah yang lain dah kat sini mencari rezeki...hanya Tuhan yang tahu betapa aku ingin mengubah kehidupan kami...ku x ingin mak & bapa sakit bila tua nanti...murah rezeki bolehla ku m'hantar mereka menunaikan rukun islam ke-5(pergi haji)...Ya Allah,permudahkan urusan hamba-Mu yang sering leka ini,,jangan Engkau biarkan selamanya hamba-Mu khilaf...Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu di masa lalu ku...maka,ku Mohon sangat Engkau tunjukkan kebenaran...jika hamba di jalan yang benar hamba berharap hanya pada-Mu...kehidupan ada pahit dan ada manisnya,,kekayaan tidak akan membawa apa-apa kepada setiap hamba-Mu jika hati tidak tenang..kegembiraan dirasai bila hamba ini dapat hidup bersama keluarga tercinta tanpa gangguan anasir jahat...setiap dugaan yang menimpa pasti ada hikmahnya...~~~jom solat~~~

Saturday, February 19, 2011



banYak yang serupa sapa yang ingin mengenaliku just see its...hhihihi

Sunday, February 13, 2011

salam hari ahad...

Pa jak ak bt ary nie???nak tau....dri early mornink hingga mlm tgk citer korean jak...
abisla smua assignment tak siap kalo ketagih dah nie...
esk ada 2 klas...aca.com. & eko p'bangunan
assigment menanti ak dah bila nak touch dia...huhu
kemarin hingga ary nie tgk movies ja...faham2 la kalo tak balik umah bosan kat cni tgkla citer...
lau blik dptla tgk Raja lawak,serasi bersama & anda ada 60saat...
hehhhehhhe....
haaa nak tau???
kita bt "teh tarik" kat bilik nie sorank2 smpi tumpah daaa...heheh
sedap d minum panas2...huhuhu...
esk bermula la kehidupan budak faculty ekonomi& pengurusan yang akn pergi menimba ilmu d dada...
esk hari pe ya???
"hari kekasih" right??
but i dont want to celebrat that...
for me,,bila2 jak boleh smbt...lau da syg org mau bg bunga ker coklat ker @ pa2 la bukan valentian's day pun xda mslh....
pa yg pntg org yang syg ak remember my birthday even I was old...hihihi
okela...nak seterika bju dulu....
night all~~sleep tight~~