Popular Posts

Wednesday, October 19, 2011

mak....luv u soo muchhh....~~~xkan mgkn ader penggantimu di dunia ini....

tidak akan ternilai harganya bila suda tiada...
Wall Photos
IBU SAYA PEMBOHONG :( Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku.Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1keluarga. sbgai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing d tali air berhmpiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya makan gulai ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu begitu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. tetapi ibu dengan cepat menolaknya. ibu berkata; "Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul 1.30 pagi,saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; "Ibu tidurlah, esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dpat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat kamit berdoa agar saya lulus peperiksaan ini dgn cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan pepriksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yg sudah siap dalam botol yg dibawa. Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat saya segra memberikan cawan saya untuk ibu dan menyuruh ibu minum.Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata:"Minumlah nak, ibu tak haus" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulan saya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg baik hati dan tinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua.Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu. IBu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di unioversiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang kamudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya.Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan. Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yg baik hati menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "TAk payahlah nak,ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yg ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu kelihatan sangat tua,menatap wajah saya dgn penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dgn jelas betapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata. Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya. Disaat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:"Jangan menangis nak,ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Sunday, May 1, 2011

salam 1 mei 2011...

assalamualaikum w.h.b.t...

skRg aku menaip d sunway tmpt abg aku menginap dengan family dan kwn2..
baru saja dtg td bapak bawa lepas makan....

apa nak citer yek??skRg dah cuti semester tuk tahun nie.....
exam???oh...soooo woryyy just wait and see my result...

sebenarnya motif aku nie just nak citer pasal cuti semester nie...
xdala best sangat tapi dpt luangkan masa dengan akak n bapa,abg jaln2 p sunway pun rasa best dah...

oke la...
malam nie gerak juga kot p sentull...
akak lela penat xdpt ikut jln2...

daaaa....wassalam....

Friday, March 4, 2011

~~Dinner FEP...~~

assalamualaikum semua...dah makan??jom mkn sama...hihi...menu ari nie syur kobis,ikan pari masak asam pedas...tp,beli je kat cafe...huhu..besa la student cam nie...

hahhh...nak citer pasal dinner semalam...rasa best sangat coz 1st time terlibat dalam acara pemberian sijil n hadiah walaupun penat tetapi rasa berbaloi...makan pun mashita(bahasa korean)...hihi dalam bhasa melayu sedap...antara menu yg ada daging blackpaper,ayam masak merah,buah....

Apapun,pengalaman nie xkan ku lupa sampaila aku lupa...hiihihi

Betulla kata orang bijak pandai,jika kita berkawan dengan org bijak kita kan turut sama bijak,dan yg penting jika kita mempunyai sahabat yg mempunyai pengetahuan agama kita pun dapat menfaatnya...

Setiap yg kita lakukan Allah saja yg tahu...aku pun xtau tp yg pntg suka bekerjasama dengan org yg menghormati kita...perasaan gembira tue xterucap...

Kita kena jadi diri kita sendiri,lagi baik kalo kita berubah ke arah kebaikan...sbnrnya,ak bukanla sombong tapi segan jer..huhu..manusia berbeza ttp masing-masing ada kelebihan & kelemahan...

Makanya,tolong-menolongla dlm melakukan kebaikan dengan hati yg ikhlas...

Aku mmg susah nak 'in' dengan org apalagi yg telah melukakan hati ini...mmg ssh aku lupakan tp ak blh maafkan...biarla org nak perli n umpat aku,aku xkesah itu urusan mereka dengan Tuhan...

itu sahaja untuk lembaran kali ini...kita bertemu di masa akan dtg...InsyaAllah...

Monday, February 21, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.


Glosari: futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien.

assalamualaikum...ari isnin yg hening

sedar xsedar aku dah masuk tahun ke-3 study kat ukm..aku baru saja telepon my mom...adeq bongsu pun dah tahun5 kat sekolah rendah...macam xsangka masa berlalu dengan begitu pantas...aku rindu kan mereka sangat2...ingin saja aku membawa mereka ke sini sentiasa berada di samping...semangat aku tuk belajar akan b'tambah2 bila mak n adeq2 d sini...lagipun tinggal mak n 2 org adeq yg duk kat sabah yang lain dah kat sini mencari rezeki...hanya Tuhan yang tahu betapa aku ingin mengubah kehidupan kami...ku x ingin mak & bapa sakit bila tua nanti...murah rezeki bolehla ku m'hantar mereka menunaikan rukun islam ke-5(pergi haji)...Ya Allah,permudahkan urusan hamba-Mu yang sering leka ini,,jangan Engkau biarkan selamanya hamba-Mu khilaf...Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu di masa lalu ku...maka,ku Mohon sangat Engkau tunjukkan kebenaran...jika hamba di jalan yang benar hamba berharap hanya pada-Mu...kehidupan ada pahit dan ada manisnya,,kekayaan tidak akan membawa apa-apa kepada setiap hamba-Mu jika hati tidak tenang..kegembiraan dirasai bila hamba ini dapat hidup bersama keluarga tercinta tanpa gangguan anasir jahat...setiap dugaan yang menimpa pasti ada hikmahnya...~~~jom solat~~~

Saturday, February 19, 2011



banYak yang serupa sapa yang ingin mengenaliku just see its...hhihihi

Sunday, February 13, 2011

salam hari ahad...

Pa jak ak bt ary nie???nak tau....dri early mornink hingga mlm tgk citer korean jak...
abisla smua assignment tak siap kalo ketagih dah nie...
esk ada 2 klas...aca.com. & eko p'bangunan
assigment menanti ak dah bila nak touch dia...huhu
kemarin hingga ary nie tgk movies ja...faham2 la kalo tak balik umah bosan kat cni tgkla citer...
lau blik dptla tgk Raja lawak,serasi bersama & anda ada 60saat...
hehhhehhhe....
haaa nak tau???
kita bt "teh tarik" kat bilik nie sorank2 smpi tumpah daaa...heheh
sedap d minum panas2...huhuhu...
esk bermula la kehidupan budak faculty ekonomi& pengurusan yang akn pergi menimba ilmu d dada...
esk hari pe ya???
"hari kekasih" right??
but i dont want to celebrat that...
for me,,bila2 jak boleh smbt...lau da syg org mau bg bunga ker coklat ker @ pa2 la bukan valentian's day pun xda mslh....
pa yg pntg org yang syg ak remember my birthday even I was old...hihihi
okela...nak seterika bju dulu....
night all~~sleep tight~~